Menu Ringkas
   
Latar Belakang IKIM
Latar Belakang IKIM
Latar Belakang IKIM
Latar Belakang IKIM
Latar Belakang IKIM
Latar Belakang IKIM
 
Hubungi Kami
         Kata Aluan Daripada Pengurus Pusat Bertauliah

Salam sejahtera dan selamat datang!

Terima kasih kerana mengunjungi dan memilih Laman Web IKIM. Dengan adanya laman web ini, segala maklumat mengenai IKIM dapat membantu memberi lebih informasi dan memperkenalkan lagi Institut ini kepada pihak luar.

Laman web IKIM ini bukan sahaja berfungsi sebagai penyebar dan pembekal maklumat tetapi lebih utama lagi, laman web ini merupakan lambang kepada kualiti, gaya dan ketrampilan IKIM selaku salah sebuah Institut Kemahiran di Malaysia. Melalui laman web IKIM ini juga pelawat dapat mencapai maklumat pendidikan terkini dan terjamin kualitinya.

Dengan barisan staf yang menunjukkan komitmen yang tinggi dan berdedikasi serta sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan, saya yakin laman web IKIM akan dapat menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat untuk mengunjunginya. Dalam pada itu, kita juga akan memperkenalkan konsep 'everything available' atau segalanya disini untuk memenuhi citarasa pelawat laman web ini.

Saya yakin laman web ini akan mengorak langkah baru di dalam menyemarakkan semangat kita untuk terus meningkatkan keupayaan demi masa depan anak bangsa.

Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua staf, individu dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam menjayakan visi dan misi IKIM.

Terima Kasih.

B Reghu
Pengurus IKIM

 
Anjung Utama | Latar Belakang IKIM | Portal Pelajar | Hubungi Kami | Sitemap
© Hakcipta Terpelihara 2010/2011. Institut Kemahiran Industri Melaka (IKIM).  
Powered by SHE Monitoring (M) Sdn Bhd