Bingkisan Kata Dari PPB

Kata Aluan Daripada Pengurus Pusat Bertauliah

Salam sejahtera dan selamat datang!


Terima kasih kerana mengunjungi dan memilih Laman Web IKIM. Dengan adanya laman web ini, segala maklumat mengenai IKIM dapat membantu memberi lebih informasi dan memperkenalkan lagi Institut ini kepada pihak luar.


Laman web IKIM ini bukan sahaja berfungsi sebagai penyebar dan pembekal maklumat tetapi lebih utama lagi, laman web ini merupakan lambang kepada kualiti, gaya dan ketrampilan IKIM selaku salah sebuah Institut Kemahiran di Malaysia. Melalui laman web IKIM ini juga pelawat dapat mencapai maklumat pendidikan terkini dan terjamin kualitinya.


Dengan barisan staf yang menunjukkan komitmen yang tinggi dan berdedikasi serta sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan, saya yakin laman web IKIM akan dapat menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat untuk mengunjunginya. Dalam pada itu, kita juga akan memperkenalkan konsep ‘everything available’ atau segalanya disini untuk memenuhi citarasa pelawat laman web ini.


Saya yakin laman web ini akan mengorak langkah baru di dalam menyemarakkan semangat kita untuk terus meningkatkan keupayaan demi masa depan anak bangsa.


Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua staf, individu dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam menjayakan visi dan misi IKIM.

Terima kasih.


Datuk B Reghu

Ketua Eksekutif IKIM


Maklumat Berkaitan

placeholder

Sila Hubungi

Hotline 1: 06-337 3435
Hotline 2: 06-856 211
Atau e-mail ke:
enquiry@ikim.edu.my

INSTITUT KEMAHIRAN INDUSTRI MELAKA
33, Jalan Bachang Jaya 1,
Taman Bachang Jaya, 75250 Melaka, Malaysia.
Tel: 06-8562111 Fax: 06-3373432
Email: enquiry@ikim.edu.my Website : www.ikim.edu.my

CAWANGAN SARAWAK
Kolej Kemahiran STEM Sarawak,
No. 9, Jalan Nenas,
96100 Sarikei,
Sarawak.
Tel: 084-644 800