Info Kewangan & Bantuan


Syarat Kelayakan Pinjaman

  • Warganegara Malaysia
  • Mengikuti program latihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 2 – 4 yang diluluskan oleh PTPK di institusi latihan yang berdaftar dengan PTPK.
  • Berumur di antara 17 – 45 tahun semasa mengikuti latihan.
  • Tidak mendapat bantuan kewangan daripada agensi lain.
  • Belajar sepenuh masa mengikut tempoh ditetapkan.
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM5,000.00 sebulan.
  • Mengemukakan seorang penjamin.

Jumlah Pinjaman

  • Tertakluk kepada kursus yang di pohon.
  • MSila Rujuk laman web PTPK untuk keterangan lanjut

Syarat-syarat Penjamin

  • Warganegara Malaysia.
  • Seorang penjamin berpendapatan bulanan tidak kurang daripada RM700 sebulan.
  • Penjamin hendaklah berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 50 tahun semasa pelatih memulakan latihan.
  • Jika penjamin merupakan ibu/bapa/penjaga sah, syarat umur dan pendapatan dikecualikan.
  • Seorang Penjamin tidak boleh menjamin lebih daripada dua orang pelatih kecuali ibu/bapa/penjaga sah.
  • Penjamin hendaklah seorang yang tidak muflis.

Kaedah Bayaran Pinjaman Latihan Kemahiran

  • Peminjam perlu membuka akaun Bank CIMB Berhad (Konvensional).
  • Pinjaman akan disalurkan terus ke akuan peminjam secara autopay dan bayaran yuran pengajian ke akaun Penyedia Latihan dibuat secara direct debit.