Latar Belakang IKIM

Institut Kemahiran Industri Melaka (IKIM)

Institut Kemahiran Industri Melaka (IKIM) ditubuhkan sebagai sebuah institusi kemahiran industri pada tahun 2001.Penubuhan IKIM bertujuan untuk melahirkan pelatih yang berkemahiran tinggi bagi memenuhi dan menyokong Pelan Perindustrian Negara selain memberi peluang kepada pelajar yang tercicir dalam bidang akademik untuk membina kerjaya mereka dalam bidang kemahiran memandangkan pembelajaran yang dijalankan di IKIM dijalankan secara praktis dan pendekatannya yang mengintegrasikan gunaan dan kemahiran.

Mempunyai 19 tahun pengalaman dalam bidang kemahiran dan teknikal, IKIM merupakan salah satu pusat bertauliah di bawah Kementerian Sumber Manusia dan Pearson UK.

IKIM mula beroperasi di No.33, Jalan Bachang Jaya, Taman Bachang Jaya, 75250 Melaka dan telah menerima pelajar sulung pada sesi akademik 2001/2002 seramai 60 orang pada tahun 2001.

Pembelajaran yang dilaksanakan adalah secara lab-intensive bagi menghasilkan juruteknik yang berkebolehan dan mampu mengaplikasikan sebarang konsep teori. Program kemahiran IKIM adalah berasaskan 60% pengajaran dalam bentuk praktikal dan pendedahan industri dan 40% dalam bentuk kuliah formal. Kurikulum yang disediakan mengikut 100% NOSS yang telah disediakan dan dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Maklumat Berkaitan:

placeholder

Sila Hubungi

Hotline 1: 06-337 3435
Hotline 2: 06-856 211
Atau e-mail ke:
enquiry@ikim.edu.my

INSTITUT KEMAHIRAN INDUSTRI MELAKA
33, Jalan Bachang Jaya 1,
Taman Bachang Jaya, 75250 Melaka, Malaysia.
Tel: 06-8562111 Fax: 06-3373432
Email: enquiry@ikim.edu.my Website : www.ikim.edu.my

CAWANGAN SARAWAK
Kolej Kemahiran STEM Sarawak,
No. 9, Jalan Nenas,
96100 Sarikei,
Sarawak.
Tel: 084-644 800