Senarai kursus yang ditawarkan: -
- Kursus Juruteknik Automasi
- Kursus Juruteknik Jaminan Mutu
- Kursus Juruteknik Elektronik Industri
- Kursus Juruteknik Penyaman Udara
1) Kursus Juruteknik Automasi
Kod Kursus : H-176
Jangkamasa Kursus : 1 Tahun 6 Bulan (Tahap 2 & 3 )
Keterangan Kursus
Kejuruteraan Automasi menggabungkan perkara asas dalam 4 bidang iaitu :-
- Teknologi Mekanikal
- Teknologi Elektronik
- Teknologi Komputer
- Teknologi Robotik
Syarat Kemasukan
- Tamat Sekolah.
- Memiliki sijil PMR dan SPM. (Mereka yang tiada akan dipertimbangkan kemasukkannya).
- Mereka yang bekerja sebagai operator pengeluaran dan berminat untuk menyambung belajar
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2) Kursus Juruteknik Jaminan Mutu
Kod Kursus : H-301
Jangkamasa Kursus : 2 Tahun (Tahap 1, 2 & 3 )
Keterangan Kursus
Kejuruteraan Jaminan Mutu mendedahkan pelatih kepada asas-asas kerja kejuruteraan dengan cara menjalankan prosedur pemeriksaan dan pengujian kawalan mutu terhadap sesuatu barang mahupun mesin.
Syarat Kemasukan
- Tamat Sekolah .
- Memiliki sijil PMR dan SPM. (Mereka yang tiada akan dipertimbangkan kemasukkannya).
- Mereka yang bekerja sebagai operator pengeluaran dan berminat untuk menyambung belajar
- Keutamaan diberikan kepada perempuan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
3) Kursus Juruteknik Elektronik Industri
Kod Kursus : E-011
Jangkamasa Kursus : 2 Tahun (Tahap 1, 2 & 3 )
Keterangan Kursus
Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik, pendedahan pengkhususan elektronik industri dan penggunaan alat pengukuran.
Syarat Kemasukan
- Tamat Sekolah.
- Memiliki sijil PMR dan SPM. (Mereka yang tiada akan dipertimbangkan kemasukkannya).
- Mereka yang bekerja sebagai operator pengeluaran dan berminat untuk menyambung belajar
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
4) Kursus Juruteknik Penyaman Udara
Kod Kursus : C-010
Jangkamasa Kursus : 2 Tahun (Tahap 1,2 &3 )
Keterangan Kursus
Memberi penekanan kepada pengetahuan dan kemahiran dalam pengujian dan penyelenggaraan sistem penyaman udara domestik, menganalisa dan mereka bentuk susur atur sistem penyaman udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dan kerja-kerja binaan berkaitan dengan penyaman udara.
Syarat Kemasukan
- Tamat Sekolah .
- Memiliki sijil PMR dan SPM. (Mereka yang tiada akan dipertimbangkan kemasukkannya).
- Mereka yang bekerja sebagai operator pengeluaran dan berminat untuk menyambung belajar
- Keutamaan diberikan kepada lelaki.
|